Tuesday, 4 November 2014

LAWATAN KETUA PENGARAH MCMC (03/04/2014)

Lawatan Dato' Idris Abdullah iaitu Commission Member Of Malaysian Communications And Multimedia Commission,pada 3 April 2014.

Lawatan ini dijalankan bagi tujuan meninjau keadaan Pusat Internet dan menilai kemudahan yang terdapat di Pusat Internet.


Ketibaan Dato' Idris Abdullah



Taklimat Ringkas daripada Pengurus PI1M mengenai PI1M Sg Plan.






Dato' Idris meluangkan masa bersama dengan pengunjung PI1M Sg Plan yang sebilangannya terdiri daripada pelajar sekolah rendah.


Majlis Penutupan dan Mengambil gambar sebagai kenangan bersama Dato' Idris selepas selesai sesi lawatan beliau bersama ahli-ahli  MCMC dan TM di PI1M Sg.Plan.






Monday, 3 November 2014

HARI BERSAMA (4/5/2014)

Pusat Internet 1 Malaysia Sg.Plan telah mengadakan hari bersama pada 4 May 2014 yang bertempat di Dewan Masyarakat Sg Plan.Hari bersama tersebut telah dirasmikan oleh Ketua Kampung Sg Plan iaitu Tuan Hj Wahab Bin Hj.Bujang.

Sepanjang Majlis tersebut,banyak aktiviti yang dijalankan bersama dengan masyarakat setempat di Sg Plan.

Pendaftaran Para Peserta/ahli dan pendaftaran keahlian



Pertandingan Mewarna bagi kategori kanak-kanak


Pertandingan Silangkata dan word search bagi kanak-kanak berumur 9 tahun-12 tahun


Pertandingan Sudoku bagi kategori remaja 


Majlis Penutupan







Thursday, 9 October 2014

HARI BERSAMA PUSAT INTERNET SG.PLAN

PERSEDIAAN HARI BERSAMA.











PERKHIDMATAN YANG DISEDIAKAN

Terdapat 2 jenis perkhidmatan telah disediakan di Pusat Internet 1 Malaysia:

(a) Perkhidmatan percuma
Ø  Pengenalan asas computer
Ø  Kelas Microsoft Office
Ø  Asas internet
Ø  Aplikasi elektronik (e-kerajaan, e-pembelajaran, e-dagang)
Ø  Menyediakan zon internet tanpa wayar

 (b) Perkhidmatan berbayar
·         Pendaftaran sebagai ahli PI1M
·         Cetakan
·         Fotostat
·         Binding
·         Laminate
·         Scanning

Bayaran perkhidmatan

PEKHIDMATAN
AHLI
BUKAN AHLI
Penggunaan Internet
RM1.00 Sejam
RM1.50 Sejam
Mencetak Dokumen
RM0.20
RM0.20
Mencetak Dokumen (Bewarna)
RM0.50
RM1.00
Photocopy (B/W)
RM0.10
RM0.10
Photocopy (Bewarna)
RM0.50
RM1.00
Laminating
RM1.00
RM2.00
Binding
RM0.30
RM 0.30
Perkhidmatan menaip
RM0.50/mukasurat
RM0.50/mukasurat
Sewa Bilik Latihan
RM10/jam
RM20/jam
Latihan Asas ICT
Percuma
RM3.00
         
         PERANCANGAN AKTIVITI

        Setiap PI1M yang ada mempunyai perancangan dan strategi tersendiri bagi memberi impak positif terhadap komuniti setempat.Bagi mencapai objektif, visi dan misi Pusat Internet 1Malaysia Sungai Plan, penyediaan perancangan program yang effisien dan terancang amatlah dititikberatkan. Perancangan yang telah tersedia harus dilaksanakan bagi memastikan aktiviti seterusnya tidak terganggu. Terdapat lima elemen yang menjadi aspek utama untuk perancangan aktiviti di PI1M Sungai Plan Bintulu Sarawak iaitu:
  
                               I.            Pusat sehenti yang berinformasi
                            II.            Pusat perkhidmatan
                         III.            Pusat pengetahuan IT
                         IV.            Pusat maklumat keusahawanan
                            V.            Pusat pendidikan

                               I.            Pusat sehenti yang berinformasi
Ø  Dengan menjadi sebuah One Stop Centre PI1M Sungai Plan sudah semestinya menyediakan kemudahan komputer dan perkhidmatan internet yang terbaik kepada penduduk tempatan disini. Dengan adanya kemudahan yang mencukupi dan serba lengkap ini akan memberi keselesaan kepada pengguna disini.

                            II.            Pusat perkhidmatan
Ø  Terdapat juga perkhidmatan lain disediakan di PI1M Sungai Plan ini. Perkhidmatan lain yang dimaksudkan adalah seperti:
i)        Sewaan bilik latihan
ii)      Percetakan dokumen dan salinan
iii)    Perkhidmatan pembayaran bil utiliti
iv)    Tambah nilai prabayar
v)      Jualan peralatan komputer

                 I.Pusat pengetahuan IT
Ø  PI1M Sungai Plan menjadi pusat pengetahuan IT dengan adanaya program, bengkel dan kelas yang banyak mengajar dan penekanan tentang ICT. Sebagai contoh adalah seperti bengkel kemahiran asas computer, kelas hardware dan software, bengkel klik dengan bijak,desktop publishing,1Malaysian training dan banyak lagi. Dengan adanya program sebegini  secara tidak langsung pengetahuan semua lapisan masyarakat tentang ICT akan wujud.

                            II.            Pusat maklumat keusahawanan
Ø  PI1M sebagai pusat keusahawanan pula berkembang hasil daripada kesinambungan program ICT yang terdapat pada aspek ketiga diatas. Apabila komuniti merasakan diri mereka berkemahiran, maka wujud pula keinginan mereka meneroka satu lagi demensi baru dalam ekonomi. Maka mereka akan dilatih pula bagaimana pusat internet menjadi tempat menghasilkan sumber pendapat yakni perniagaan atas talian.Misalnya melalui program seperti:
1.      Get Malaysian Business Online(GMBO)
2.      Program 1Citizen
3.      Pendaftaran perniagaan di bawah SMM

                         III.            Pusat pendidikan
Ø  Pusat Internet 1Malaysia juga boleh berfungsi sebagai pusat untuk menyampaikan maklumat mengenai pendidikan. Seperti yang kita sedia maklum bahawa maklumat bahawa amat mudah mendapatkan maklumat keilmuan melalui internet. Selain itu juga PI1M Sungai Plan bakal menyediakan buku-buku ilmiah sebagai bahan tambahan kepada pengguna terutamanya pelajar sekolah. Bukan sahaja tumpuan kepada pelajar sekolah, malahan juga kepada golongan dewasa ataupun warga emas. Sebagai contoh ialah kelas Andaman, kelas menjahit, kelas pendedahan maklumat pertanian dan penternakan, dan sebagainya.


Di harap dengan adanya Pusat Internet 1Malaysia Sungai Plan dapat membantu penduduk setempat memajukan diri mereka dan seterusnya meningkatkan taraf hidup masyarakat. Hal ini kerana penubuhan PI1M di Sungai Plan bukan saja untuk mengurang jurang IT masyarakat luar bandar akan tercapai, malah diharapkan mencapai lebih daripada itu. Dengan kemudahan yang lengkap, program-program yang bakal dilaksanakan dan sebagainya, diharap dapat membantu masyarakat setempat. Pada masa yang sama komuniti dapat menunjukkan keberkesanan diatas kewujudan PI1M dan mempraktikkan ilmu yang telah dipelajari melalui program yang dilaksanakan oleh pihak PI1M.

PROFIL PUSAT INTERNET 1 MALAYSIA SG.PLAN

PENGENALAN.

Menurut ketua kampung iaitu En. Bujang bin Wahap, kawasan Sungai Plan telah dibuka seawal tahun 1995. Pada ketika itu kemudahan asas yang ada agak terhad dan difahamkan melalui En. Bujang, kemudahan elektrik belum terdapat lagi di kampung ini. Mereka hanya menggunakan generator sahaja sebagai sumber elektrik. Setelah kawasan penempatan kampung diluluskan barulah mereka mendapat kemudahan asas yang lengkap.

Seterusnya kawasan kampung Sg.Plan diberi kelulusan oleh Yang Berhormat Adnan Hj. Satem sebagai skim penempatan semula kepada penduduk di sekitar sg. Plan. Pada ketika itu hanya terdapat lapan buah rumah sahaja. Kemudiannya pada 9 November 1999 perasmian awal telah dilaksanakan oleh Yang Berhormat Michael Sim Kian Hui. Semenjak dari hari itu sehingga tahun 2004 terdapat sebanyak  325 buah rumah kampung skim, 342 buah rumah RPR teres Sg.Plan dan 1440 pintu atau 18 blok Flat RPR Sg.Plan.




 LOKASI DAN POPULASI PENDUDUK SG.PLAN
                                                                                                                                                                    Kampung Sungai Plan Bintulu Sarawak terletak di kawasan Kidurong. Kawasan ini yang letaknya sejauh 18 kilometer dari pusat Bandar Bintulu merupakan kawasan yang berdekatan dengan pesisiran laut China Selatan. Pada tahun 2004 populasi penduduk dianggarkan sekitar 10445 orang. Pada ketika itu jumlah rumah yang ada adalah sebanyak 2107 buah rumah. Namun kini jumlah rumah telah meningkat kepada 2340 buah rumah. Ini termasuklah rumah teres, rumah flat dan juga rumah skim penempatan lot atau kampung.
 Penduduk Kampung kawasan sg.Plan terdiri daripada kaum Iban, Melayu, Cina,India dan kaum bumiputera Sarawak yang lain. Dianggarkan kaum teramai adalah kaum Iban sebanyak 40% dan seterusnya kaum Melayu sebanyak 25%, Kaum bumiputera Sarawak 20%, kaum Cina 12% dan kaum India 3%.Dari segi pekerjaan pula, seperti yang kita sediamaklum bahawa Bintulu merupakan bandar raya perindustrian. Maka tidak hairanlah rata-rata penduduk kawasan ini ramai yang bekerja swasta. Dianggarkan pekerja swasta di sini sebanyak 45%, pekerja kakitangan kerajaan sebanyak 20%, buruh sebanyak 20%, badan berkanun sebanyak 10%.Manakala tidak terdapat penduduk Sg.Plan yang bekerja sebagai nelayan.






Nama         :         Pusat Internet 1Malaysia Sungai Plan
Lokasi         :         Pusat Internet 1Malaysia Flat
                              Jalan Tanjung Kidurong 97000,
       Bintulu Sarawak.
Email            :        sgplan@pi1m.com.my
Laman Portal   :      sgplan.pi1m.com.my
Waktu operasi :      Jam 8:00 pagi hingga jam 5:00 petang
                                Isnin hingga Ahad
                               Tutup pada cuti umum

Selamat datang ke Blog Pi1M Sungai Plan Bintulu.



  •  Pusat Internet 1Malaysia (PI1M) di bawah Bajet 2013 merupakan satu program di mana pihak SKMM akan menyediakan capaian internet jalur lebar secara kolektif di 100 buah kawasan Program Perumahan Rakyat terutamanya di bandar-bandar besar terpilih di seluruh negara.
  • Sungai Plan Bintulu juga mempunyai sebuah Pi1M yang telah beroperasi setelah diluluskan oleh Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia dan Telekom Malaysia.

OBJEKTIF


  • Menyediakan kemudahan ICT dan perkhidmatan yang berteraskan komuniti
  • Menjadikan Pi1M pusat sehenti untuk masyarakat
  • Menjadi pusat rujukan masyarakat luar terutamanya,mengenai maklumat am kawasan.
  • Memaksimumkan penglibatan komuniti setempat dengan aktiviti dan program yang dirancang.



VISI DAN MISI PI1M SG.PLAN


VISI



  • Menjadikan Pi1M Sg.Plan sebagai salah satu pusat sehenti yang berfungsi sebagai saluran mendapatkan maklumat
  • Selain mampu berdikari dan kukuh dari sudut ekonomi dan sosial sekaligus menjadi pusat komuniti yang mesra.
MISI

  • Memberikan sumbangan yang bermakna kepada masyarakat di dalam proses penyebaran maklumat digital.
  • Pusat yang mengeratkan silaturahhim masyarakat dengan memperbanyakkan program kemasyarakatan sekaligus berusaha meningkatkan sumber ekonomi organisasi.