Menurut
ketua kampung iaitu En. Bujang bin Wahap, kawasan Sungai Plan telah dibuka
seawal tahun 1995. Pada ketika itu kemudahan asas yang ada agak terhad dan
difahamkan melalui En. Bujang, kemudahan elektrik belum terdapat lagi di
kampung ini. Mereka hanya menggunakan generator sahaja sebagai sumber elektrik.
Setelah kawasan penempatan kampung diluluskan barulah mereka mendapat kemudahan
asas yang lengkap.
Seterusnya
kawasan kampung Sg.Plan diberi kelulusan oleh Yang Berhormat Adnan Hj. Satem
sebagai skim penempatan semula kepada penduduk di sekitar sg. Plan. Pada ketika
itu hanya terdapat lapan buah rumah sahaja. Kemudiannya pada 9 November 1999
perasmian awal telah dilaksanakan oleh Yang Berhormat Michael Sim Kian Hui.
Semenjak dari hari itu sehingga tahun 2004 terdapat sebanyak 325 buah rumah kampung skim, 342 buah rumah RPR
teres Sg.Plan dan 1440 pintu atau 18 blok Flat RPR Sg.Plan.
LOKASI DAN POPULASI PENDUDUK SG.PLAN
Kampung
Sungai Plan Bintulu Sarawak terletak di kawasan Kidurong. Kawasan ini yang
letaknya sejauh 18 kilometer dari pusat Bandar Bintulu merupakan kawasan yang
berdekatan dengan pesisiran laut China Selatan. Pada
tahun 2004 populasi penduduk dianggarkan sekitar 10445 orang. Pada ketika itu
jumlah rumah yang ada adalah sebanyak 2107 buah rumah. Namun kini jumlah rumah
telah meningkat kepada 2340 buah rumah. Ini termasuklah rumah teres, rumah flat
dan juga rumah skim penempatan lot atau kampung.
Penduduk Kampung kawasan sg.Plan terdiri
daripada kaum Iban, Melayu, Cina,India dan kaum bumiputera Sarawak yang lain.
Dianggarkan kaum teramai adalah kaum Iban sebanyak 40% dan seterusnya kaum
Melayu sebanyak 25%, Kaum bumiputera Sarawak 20%, kaum Cina 12% dan kaum India
3%.Dari segi pekerjaan pula, seperti yang kita sediamaklum bahawa
Bintulu merupakan bandar raya perindustrian. Maka tidak hairanlah rata-rata
penduduk kawasan ini ramai yang bekerja swasta. Dianggarkan pekerja swasta di
sini sebanyak 45%, pekerja kakitangan kerajaan sebanyak 20%, buruh sebanyak
20%, badan berkanun sebanyak 10%.Manakala tidak terdapat penduduk Sg.Plan yang
bekerja sebagai nelayan.
Nama : Pusat Internet 1Malaysia Sungai Plan
Lokasi : Pusat
Internet 1Malaysia Flat
Jalan Tanjung Kidurong 97000,
Bintulu Sarawak.
Email : sgplan@pi1m.com.my
Laman
Portal : sgplan.pi1m.com.my
Waktu
operasi : Jam 8:00 pagi hingga jam 5:00
petang
Isnin hingga Ahad
Tutup pada cuti umum
No comments:
Post a Comment