Thursday, 9 October 2014
PERKHIDMATAN YANG DISEDIAKAN
Terdapat 2 jenis
perkhidmatan telah disediakan di Pusat Internet 1 Malaysia:
(a)
Perkhidmatan percuma
Ø Pengenalan asas computer
Ø Kelas Microsoft Office
Ø Asas internet
Ø Aplikasi elektronik
(e-kerajaan, e-pembelajaran, e-dagang)
Ø Menyediakan zon internet
tanpa wayar
(b) Perkhidmatan berbayar
·
Pendaftaran
sebagai ahli PI1M
·
Cetakan
·
Fotostat
·
Binding
·
Laminate
·
Scanning
Bayaran
perkhidmatan
PEKHIDMATAN
|
AHLI
|
BUKAN AHLI
|
Penggunaan Internet
|
RM1.00
Sejam
|
RM1.50
Sejam
|
Mencetak Dokumen
|
RM0.20
|
RM0.20
|
Mencetak Dokumen (Bewarna)
|
RM0.50
|
RM1.00
|
Photocopy (B/W)
|
RM0.10
|
RM0.10
|
Photocopy (Bewarna)
|
RM0.50
|
RM1.00
|
Laminating
|
RM1.00
|
RM2.00
|
Binding
|
RM0.30
|
RM
0.30
|
Perkhidmatan menaip
|
RM0.50/mukasurat
|
RM0.50/mukasurat
|
Sewa Bilik Latihan
|
RM10/jam
|
RM20/jam
|
Latihan Asas ICT
|
Percuma
|
RM3.00
|
PERANCANGAN AKTIVITI
Setiap
PI1M yang ada mempunyai perancangan dan strategi tersendiri bagi memberi impak
positif terhadap komuniti setempat.Bagi mencapai objektif, visi dan misi Pusat
Internet 1Malaysia Sungai Plan, penyediaan perancangan program yang effisien
dan terancang amatlah dititikberatkan. Perancangan yang telah tersedia harus
dilaksanakan bagi memastikan aktiviti seterusnya tidak terganggu. Terdapat lima
elemen yang menjadi aspek utama untuk perancangan aktiviti di PI1M Sungai Plan
Bintulu Sarawak iaitu:
I.
Pusat sehenti yang
berinformasi
II.
Pusat perkhidmatan
III.
Pusat pengetahuan IT
IV.
Pusat maklumat
keusahawanan
V.
Pusat pendidikan
I.
Pusat
sehenti yang berinformasi
Ø Dengan
menjadi sebuah One Stop Centre PI1M
Sungai Plan sudah semestinya menyediakan kemudahan komputer dan perkhidmatan
internet yang terbaik kepada penduduk tempatan disini. Dengan adanya kemudahan
yang mencukupi dan serba lengkap ini akan memberi keselesaan kepada pengguna
disini.
II.
Pusat
perkhidmatan
Ø Terdapat
juga perkhidmatan lain disediakan di PI1M Sungai Plan ini. Perkhidmatan lain
yang dimaksudkan adalah seperti:
i)
Sewaan bilik latihan
ii)
Percetakan dokumen dan
salinan
iii)
Perkhidmatan pembayaran
bil utiliti
iv)
Tambah nilai prabayar
v)
Jualan peralatan komputer
I.Pusat pengetahuan IT
Ø PI1M
Sungai Plan menjadi pusat pengetahuan IT dengan adanaya program, bengkel dan
kelas yang banyak mengajar dan penekanan tentang ICT. Sebagai contoh adalah
seperti bengkel kemahiran asas computer, kelas hardware dan software, bengkel
klik dengan bijak,desktop publishing,1Malaysian
training dan banyak lagi. Dengan adanya program sebegini secara tidak langsung pengetahuan semua
lapisan masyarakat tentang ICT akan wujud.
II.
Pusat
maklumat keusahawanan
Ø PI1M
sebagai pusat keusahawanan pula berkembang hasil daripada kesinambungan program
ICT yang terdapat pada aspek ketiga diatas. Apabila komuniti merasakan diri
mereka berkemahiran, maka wujud pula keinginan mereka meneroka satu lagi
demensi baru dalam ekonomi. Maka mereka akan dilatih pula bagaimana pusat
internet menjadi tempat menghasilkan sumber pendapat yakni perniagaan atas
talian.Misalnya melalui program seperti:
1.
Get Malaysian Business
Online(GMBO)
2.
Program 1Citizen
3.
Pendaftaran perniagaan di bawah SMM
III.
Pusat
pendidikan
Ø Pusat
Internet 1Malaysia juga boleh berfungsi sebagai pusat untuk menyampaikan
maklumat mengenai pendidikan. Seperti yang kita sedia maklum bahawa maklumat
bahawa amat mudah mendapatkan maklumat keilmuan melalui internet. Selain itu
juga PI1M Sungai Plan bakal menyediakan buku-buku ilmiah sebagai bahan tambahan
kepada pengguna terutamanya pelajar sekolah. Bukan sahaja tumpuan kepada
pelajar sekolah, malahan juga kepada golongan dewasa ataupun warga emas.
Sebagai contoh ialah kelas Andaman, kelas menjahit, kelas pendedahan maklumat
pertanian dan penternakan, dan sebagainya.
Di harap
dengan adanya Pusat Internet 1Malaysia Sungai Plan dapat membantu penduduk
setempat memajukan diri mereka dan seterusnya meningkatkan taraf hidup
masyarakat. Hal ini kerana penubuhan PI1M di Sungai Plan bukan saja untuk
mengurang jurang IT masyarakat luar bandar akan tercapai, malah diharapkan
mencapai lebih daripada itu. Dengan kemudahan yang lengkap, program-program
yang bakal dilaksanakan dan sebagainya, diharap dapat membantu masyarakat
setempat. Pada masa yang sama komuniti dapat menunjukkan keberkesanan diatas
kewujudan PI1M dan mempraktikkan ilmu yang telah dipelajari melalui program yang
dilaksanakan oleh pihak PI1M.
PROFIL PUSAT INTERNET 1 MALAYSIA SG.PLAN
PENGENALAN.
Menurut
ketua kampung iaitu En. Bujang bin Wahap, kawasan Sungai Plan telah dibuka
seawal tahun 1995. Pada ketika itu kemudahan asas yang ada agak terhad dan
difahamkan melalui En. Bujang, kemudahan elektrik belum terdapat lagi di
kampung ini. Mereka hanya menggunakan generator sahaja sebagai sumber elektrik.
Setelah kawasan penempatan kampung diluluskan barulah mereka mendapat kemudahan
asas yang lengkap.
Seterusnya
kawasan kampung Sg.Plan diberi kelulusan oleh Yang Berhormat Adnan Hj. Satem
sebagai skim penempatan semula kepada penduduk di sekitar sg. Plan. Pada ketika
itu hanya terdapat lapan buah rumah sahaja. Kemudiannya pada 9 November 1999
perasmian awal telah dilaksanakan oleh Yang Berhormat Michael Sim Kian Hui.
Semenjak dari hari itu sehingga tahun 2004 terdapat sebanyak 325 buah rumah kampung skim, 342 buah rumah RPR
teres Sg.Plan dan 1440 pintu atau 18 blok Flat RPR Sg.Plan.
LOKASI DAN POPULASI PENDUDUK SG.PLAN
Kampung
Sungai Plan Bintulu Sarawak terletak di kawasan Kidurong. Kawasan ini yang
letaknya sejauh 18 kilometer dari pusat Bandar Bintulu merupakan kawasan yang
berdekatan dengan pesisiran laut China Selatan. Pada
tahun 2004 populasi penduduk dianggarkan sekitar 10445 orang. Pada ketika itu
jumlah rumah yang ada adalah sebanyak 2107 buah rumah. Namun kini jumlah rumah
telah meningkat kepada 2340 buah rumah. Ini termasuklah rumah teres, rumah flat
dan juga rumah skim penempatan lot atau kampung.
Penduduk Kampung kawasan sg.Plan terdiri
daripada kaum Iban, Melayu, Cina,India dan kaum bumiputera Sarawak yang lain.
Dianggarkan kaum teramai adalah kaum Iban sebanyak 40% dan seterusnya kaum
Melayu sebanyak 25%, Kaum bumiputera Sarawak 20%, kaum Cina 12% dan kaum India
3%.Dari segi pekerjaan pula, seperti yang kita sediamaklum bahawa
Bintulu merupakan bandar raya perindustrian. Maka tidak hairanlah rata-rata
penduduk kawasan ini ramai yang bekerja swasta. Dianggarkan pekerja swasta di
sini sebanyak 45%, pekerja kakitangan kerajaan sebanyak 20%, buruh sebanyak
20%, badan berkanun sebanyak 10%.Manakala tidak terdapat penduduk Sg.Plan yang
bekerja sebagai nelayan.
Nama : Pusat Internet 1Malaysia Sungai Plan
Lokasi : Pusat
Internet 1Malaysia Flat
Jalan Tanjung Kidurong 97000,
Bintulu Sarawak.
Email : sgplan@pi1m.com.my
Laman
Portal : sgplan.pi1m.com.my
Waktu
operasi : Jam 8:00 pagi hingga jam 5:00
petang
Isnin hingga Ahad
Tutup pada cuti umum
Selamat datang ke Blog Pi1M Sungai Plan Bintulu.
- Pusat Internet 1Malaysia (PI1M) di bawah Bajet 2013 merupakan satu program di mana pihak SKMM akan menyediakan capaian internet jalur lebar secara kolektif di 100 buah kawasan Program Perumahan Rakyat terutamanya di bandar-bandar besar terpilih di seluruh negara.
- Sungai Plan Bintulu juga mempunyai sebuah Pi1M yang telah beroperasi setelah diluluskan oleh Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia dan Telekom Malaysia.
OBJEKTIF
- Menyediakan kemudahan ICT dan perkhidmatan yang berteraskan komuniti
- Menjadikan Pi1M pusat sehenti untuk masyarakat
- Menjadi pusat rujukan masyarakat luar terutamanya,mengenai maklumat am kawasan.
- Memaksimumkan penglibatan komuniti setempat dengan aktiviti dan program yang dirancang.
VISI DAN MISI PI1M SG.PLAN
VISI
- Menjadikan Pi1M Sg.Plan sebagai salah satu pusat sehenti yang berfungsi sebagai saluran mendapatkan maklumat
- Selain mampu berdikari dan kukuh dari sudut ekonomi dan sosial sekaligus menjadi pusat komuniti yang mesra.
MISI
- Memberikan sumbangan yang bermakna kepada masyarakat di dalam proses penyebaran maklumat digital.
- Pusat yang mengeratkan silaturahhim masyarakat dengan memperbanyakkan program kemasyarakatan sekaligus berusaha meningkatkan sumber ekonomi organisasi.
Subscribe to:
Posts (Atom)